Pages

Friday, September 18, 2020

Program Memasak Bubur Asyura 1442H

 Alhamdulillah, pada hari Rabu, 16 September 2020, Masjid Jamek Tok Jiring telah menganjurkan satu program Memasak Bubur Asyura. Program yang diadakan ini adalah hasil kerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jiring, Banggol Tok Jiring, Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP).

Gerak kerja bagi penyediaan 7 periuk Bubur Asyura telah bermula sejak hari selasa dengan penyediaan bahan mentah asas bagi melancarkan program pada hari Rabu tersebut.

Jawatankuasa penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telibat dalam melancarkan program tersebut.



Saturday, July 20, 2019

Kembara Ulama Syria, Pembacaan Kitab Risalah Mustarsyideen



Alhamdulillah.... usai sebuah majlis ilmu yang berlangsung pagi tadi di Masjid Jamek Tok Jiring / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT)
Kembara UIama Syria, Pembacaan Kitab Risalah Mustarsyideen.
👳‍♂ Sheikh Muhammad Adnan Al Saqqa
📅 13 Julai 2019 / 10 Zulkaedah 1440H
🕰 9.30 pagi
🕌 Masjid Jamek Tok Jiring




Wednesday, July 10, 2019

Bersama Sheikh Muhammad Adnan Al Saqqa




Kembara UIama Syria, Pembacaan Kitab Risalah Mustarsyideen.
👳‍♂ Sheikh Muhammad Adnan Al Saqqa
📅 13 Julai 2019 / 10 Zulkaedah 1440H
🕰 9.30 pagi
🕌 Masjid Jamek Tok Jiring



Friday, November 9, 2018

Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka Dari Sudut Syariah & Undang-Undang

Assalamu'alaikum,



Masjid Jamek Tok Jiring mempelawa semua muslimin dan muslimat
untuk mengikuti ceramah "Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka 
Dari Sudut Syariah & Undang-undang".

Objektif seminar ialah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat
kepentingan merancang harta semasa masih hidup untuk mengelakkan
berlakunya pertelingkahan antara waris apabila pemilik harta
meninggal dunia.  Harta akan menjadi pusaka, dan jika tidak 
diuruskan dengan benar, akan membawa petaka kepada simati.

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH: 17 NOVEMBER 2018 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
LOKASI: DEWAN SEMINAR 
MASJID JAMEK TOK JIRING
KM 14, JALAN KELANTAN ,
21060 KUALA NERUS, TERENGGANU
[DALAM KOMPLEKS MA’AHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)]

PENCERAMAH:
TUAN HAJI MUKHTAR BIN ABDULLAH
(PENGERUSI PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI TERENGGANU)

YURAN PENYERTAAN
RM15.00/ORANG (TERMASUK NOTA, MAKAN DAN SIJIL)

Kepada individu yang berminat, sila berhubung dengan jawatankuasa 
berikut dengan menyatakan nama dan no. kad pengenalan (untuk 
tujuan rekod pendaftaran dan sijil penyertaan:

Ustaz Mujahid: 0112-4038230 (Tel & Whatsapp)
Puan Wan Namidah: 013-9384963 (Tel & Whatsapp

Wednesday, September 12, 2018